Seperti yang kita semua maklum,membaca dalah satu gejalah yang penting untuk meningkatkan bahasa kita.Namun begitu,ramai pelajar-pelajar yang enggan mengambil tahu tentang betapa pentingnya membaca itu.Lebih-lebih lagi pelajar  yang di peringkat sekolah menengah.Mereka telah merosot dalam subjek-subjek bahasa terutamanya bahasa inggeris dan bahasa ibunda mereka.Tambahan lagi,para pelajar memberitahu guru bahawa membaca itu sangat membosankan dan tidak mengukirkan minat mereka untuk membaca dan memahami jalan cerita tersebut.Di sini saya ingin memberi beberapa langkah untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar.

             Langkah pertama yang patut diambil adalah untuk pihak sekolah  mengadakan sesi pembacaan  selepas sekolah.Sesi pembacaan itu boleh dilakukan sebanyak dua kali seminggu.Bukan itu sahaja,pelajar akan mendengar lagu yang boleh menukar suasana yang penuh dengan kebosanan menjadi keghairahan.Di samping itu,guru-guru juga boleh turut berlagu dendang kerana itulah yang akan membuat pelajar lebih minat membaca selepas itu.Kehadiran guru sangat penting untuk sesi pembacaan tersebut kerana mereka boleh
menolong pelajar yang mempunyai pahit maung membaca buku masing-masing.Dengan berbuat demikian,pelajar akan mula membaca setelah dihiburkan oleh persembahan guru-guru dan dengan demikian dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar.


             Seterusnya,peranan keluarga juga amat penting dalam menolong pelajar untuk membina minat dalam membaca.Tidak syak lagi bahawa ramai ibu bapa kepada pelajar sangat sibuk sehingga mereka mengabaikan tanggunjawab mereka untuk meluangkan masa bersama anak mereka.Pelajar akan lebih berinspirasi jikalau hadirnya ibu bapa mereka di samping mereka untuk membaca buku bersama-sama.Tambahan pula,perbuatan ini akan membuat pengikatan antara ibu bapa dan anak lebih mendalam lagi.Dengan itu,penglibatan Ibu bapa dalam pelajaran mereka akna memberi impak yang menakjuban.Di sini saya ingin tegaskan bahawa keluarga adalah aspek terpenting dalam membina bahasa di kalangan remaja-remaja.

           Langkah seterusnya yang saya ingin huraikan adalah bagi pihak berkuasa untuk mengiklankan pertandingan membaca atau menulis karangan menggunakan kreativiti mereka.Tambahan lagi pemenangnya akan mendapat penginapan percuma di hotel di negara-negara luar.Mereka juga akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan penulis-penulis yang mahir di negara sana.Ini akan merafakkan lagi minat pelajar untuk membaca lebih buku untuk menggandakan lagi ilmu bahasa mereka supaya boleh mencipta karangan yang ikut semampu ilmu tahap mereka.Dengan berbuat demikian,pelajar akan lebih minat membaca dan jikalau mereka tidak memenangi pertandingan tersebut,ilmu bahasa mereka tetap tidak terpupus.  

 
         Yang terakhir sekali,pihak sekolah boleh menggunakan teknologi canggih zaman moden ini seperti Iphone,Ipod dan banyak lagi.Benda ini boleh digunakan untuk pelajaran kerana ia boleh melungsuri lelaman web.Tambahan lagi,banyak buku elektronik yang boleh diambil dengan percuma kerana ia khusus untuk sekolah.Buku elektronik tersebut hanya boleh digunakan di sekolah.Seperti lain kata,pelajar  tidak boleh membuka buku elektronik apabila mereka di luar kawasan sekolah.Dengan berbuat demikian,ramai  pelajar akan pergi ke perpustakaan selepas sekolah untuk menggunakan benda canggih dan mereka akan terpesona dengan buku elektronik yang ada banyak macam.Untuk menyimpul kata,kehadiran benda-benda yang mengikut teknologi zaman sekarang akan membuat pembacaan di kalangan pelajar-pelajar lebih menarik.
 

       Seperti apa yang diluahkan di atas,jikalau perkara ini tidak ditangani,para pelajar akan mula merosot dalam pengukuhan bahasa mereka dan ini akan memalukan masyarakat bangsa mereka.Dengan langkah-langkah yang diberikan,pelajar akan mula membina dan mengukuhkan bahasa mereka.Ini akan membawa kebanggaan bagi masyarakat masing-masing kerana tidak lama lagi para pelajar akan menjadi pemimpin bagi generasi akan datang dan mereka mungkin akan peroleh kala depan sempurna jikalau bahasa mereka kukuh.Sebagai akhir kata,membaca itu sangat penting bagi membina bahasa kita.


           


         

 
Start blogging by creating a new post. You can edit or delete me by clicking under the comments. You can also customize your sidebar by dragging in elements from the top bar.